Friday, August 21, 2009

Ulasan mengenai video

Penerangan mengenai VIDEO
Video merupakan salah satu daripada elemen multimedia yang paling berkesan penggunaanya jika dibandingkan dengan komponen media yang lain. Walaubagaimanapun, ruang storan yang diperlukan untuk menampung sesuatu klip video adalah besar. Hal ini menyebabkan, video kurang digunakan sebagai media utama penyaluran sesuatu maklumat menerusi halaman web kerana ia memerlukan masa yang agak panjang untuk selesai dipindah atau diterima ke komputer pengguna.

Video menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup. Ia merupakan antara sumber atau media yang efektif dalam menyampaikan sesuatu informasi dan menjadi sumber rujukan yang berkesan. Unsur video di dalam multimedia membawa satu perubahan yang besar di dalam kaedah penyaluran maklumat di mana kebanyakan video mampu menyerupai keadaan sebenar dan juga mampu menarik perhatian serta emosi pengguna.

QuickTime merupakan antara format fail video yang utama bagi tujuan penyaluran video menerusi internet. Masa untuk proses pindah atau terima serta kualiti video bagi tujuan mainsemula boleh diubah mengikut julat yang diinginkan oleh pengguna. Saiz ¼ skrin atau yang lebih kecil dan frame rate yang rendah perlu dipilih bagi memastikan ianya boleh dipindah atau diterima dalam suatu jangka masa yang tidak memberi masalah kepada pengguna.

MPEG (Motion Picture Expert’s Group) merupakan satu lagi format fail bagi video yang utama. Melalui MPEG, kualiti klip video yang lebih baik dapat dihasilkan tanpa memerlukan ruang storan yang terlalu besar seperti format QuickTime. Ini kerana, mem algorithma pemadatan fail yang digunakan oleh MPEG jauh lebih baik berbanding dengan QuickTime.

Selain dari video yang berformatkan QuickTime dan MPEG, terdapat beberapa format audio. Antaranya ialah Vivi Active Video, Real Video, Stream Cam dan sebagainya. Masing-masing mempunyai kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri.

Video Analog
Teknik atau kaedah penghantaran isyarat atau signal bagi video telah lama wujud. Pada peringkat awal, penghantaran isyarat tersebut adalah secara analog. Semasa penghantaran alamat video secara analog, setiap bingkai atau frame video diwakili oleh signal elektrik yang tidak menentu (fluctuating voltage signal). Ia juga sering dikenali sebagai gelombang analog ataupun “analog waveform”. Format awal bagi video analog pula ialah secara video komposit (composite video).


Video Digital
Disebabkan beberapa kelemahan yang terdapat pada video jenis analog menyebabkan kemunculan kepada teknologi video digital. Kelebihan utama video digital ialah kualitinya kekal sepanjang masa dan tidak mempunyai sebarang masalah apabila disimpan dalam tempoh masa yang lama. Kualiti rakaman pendua bagi setiap video yang dihasilkan biasanya adalah setara atau hampir menyamai kualiti video asal. Dengan menggunakan sistem komputer bersama-sama dengan perisian video yang tertentu, sesebuah klip video adalah lebih mudah untuk diubahsuai atau dipinda.

Perkakasan dan perisian Video
Kamera video, camcoder atau pita video boleh digunakan bagi tujuan ini. Selepas media ini diperolehi, kad pendigital cvideo atau “Video Capture Card” diperlukan bagi menterjemahkan ia kepada bentuk digital agar boleh beroperasi pada sistem komputer. Kad tersebut biasanya perlu didapatkan secara berasingan dan bukannya sedia ada di dalam setiap sistem komputer.

Perisian-perisian tertentu yang bersesuaian bagi tujuan pengubahsuaian (editing) dan pendigitalan (digitizing) video sering digunakan bersama-sama dengan set kad pendigital video seperti Adobe Premiere, Video Fusion, Ulead Media studio Pro dan sebagainya. Antara ciri-ciri yang boleh dilakukan oleh perisian-perisian video ialah :
-Membentuk kesan khas animasi atau kesan khas transasi (transition) seperti dissolves, wipes, spins dan sebagainya.
-Melakukan proses “Superimposing titles” dan seterusnya membentuk animasi bagi elemen tersebut.
-Memasukkan unsur-unsur kesan istimewa (special effects) seperti twisting, zooming, rotating dan distorting.
-Menyamakan audio dengan video.

No comments:

Post a Comment