Friday, August 21, 2009

Ulasan mengenai grafik

Penerangan mengenai GRAFIK
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik ialah m‘perkara berkenaan lukisan atau ukiran’. Ini kerana, penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat berkomputer berperanan untuk memperlihatkan kecanggihan senibina sesebuah program multimedia dan berperanan sebagai sumber dalam menyampaikan sesuatu maklumat.

Selain itu, grafik juga bermaksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang sukar diterangkan oleh teks. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten bagi individu yang berbeza.

Grafik dianggap sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi. Grafik merujuk kepada pelbagai lukisan, ilustrasi, fotograf, rajah, carta, kartun dan sebagainya.

Grafik berkomputer pula merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan komputer. Imej berkomputer ini boleh dilihat pada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan. Terdapat beberapa kepentingan grafik. Antaranya:

1) Mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan.
2) Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep.

Grafik juga mengandungi format fail. Antaranya seperti:
1) GIF (Graphic Interchange Format)
2) JPEG (Joint Photographic Expert Group).

• GIF (Graphic Interchange Format)
Format GIF biasanya menggunakan kaedah pemadatan algoritma dan ianya merupakan salah satu cara yang paling mudah dan berkesan bagi tujuan memadatkan sesuatu data dalam sistem komputer. Digunakan untuk menyimpan grafik asas seperti ikon, butang, garisan atau imej-imej yang berbentuk kartu
• JPEG (Joint Photographic Expert Group)
Salah satu kegunaan utama fail berformat JPEG ini adalah untuk menyimpan fail bagi gambar sebenar.
Format fail yang lain seperti BMP (Bitmap), TIFF (Tagged Image File), PICT, FGA ( Targa), EPS (Encapsulated Postscript ), WMF ( Windows Metafile Format )

Beberapa contoh perisian bagi grafik yang ialah :
-Microsoft Paint atau Paint
-Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator
-Corel Draw
-Painter 3D
-Macromedia Freehand
-Micrograft Designer
-Autucad

No comments:

Post a Comment