Friday, August 21, 2009

Awas!! akibat buruk disebabkan terlalu taksub akan kecantikan



Teknologi dalam bidang kecantikan




TELAH TIBA ZAMAN TERAPI KECANTIKAN DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI GELOMBANG ELEKTRO
Sebenarnya tubuh manusia mempunyai aliran listrik, dan energi listrik inilah yang menjadikan tenaga pemecah sel-sel tubuh.
Contohnya kekuatan alam semesta dan kekuatan dari keseimbangan matahari dan bulan. Apabila matahari dan bulan kehilangan keseimbangannya, maka tidak akan ada kehidupan.

Kekuatan kehidupan bermula dari pertemuan sel telur wanita (ying) dan sperma lelaki (yang) dan tidak lama kemudian lahirlah kehidupan. Ketidakseimbangan ying dan yang, akan mengakibatkan kelahiran yang tidak sempurna. Oleh itu sangatlah penting untuk menjaga keseimbangan ying dan yang tubuh kita. Tubuh manusia terdiri dari gabungan beberapa sel yang dapat mengakibatkan penuaan.

Untuk mengatasi ini, maka salah satu caranya adalah dengan menjaga keseimbangan inti sel (yang) dan kulit sel (ying). Contoh dari tanda-tanda penuaan pada tubuh manusia, dimulai dari munculnya garis garis halus yang lama- kelamaan akan menjadi kedutan pada kulit wajah, kurang bertenaga, dan mudah lelah. Apabila anda merasakan tanda-tanda diatas ini, maka tubuh anda sedang menuju kepada aktiviti penuaan. Melalui konsep sel tubuh manusia, yang terdiri dari gabungan inti sel ( positif ) dan kulit sel ( negative ), maka kami dengan menggunakan tabel sederhana dibawah ini untuk menggambarkan hubungan komposisi elektron positif negative sel tubuh dengan stamina tubuh kita.

Perubatan akupuntur cina sudah berumur lebih dari 2500 tahun, dan sudah berjasa dalam dunia perubatan manusia dimana ianya dilakukan dengan mengabungkan teknologi perubatan ala barat yang menggunakan gelombang elektro dengan akupuntur cina dan ia merupakan jalan terbaik untuk mengubati rasa sakit, untuk menjaga kesegaran stamina tubuh dan mencegah penyakit penuaan dalam tubuh manusia. Oleh kerana itu penggunaan gelombang elektro dalam dunia perubatan sudah diakui oleh dunia perubatan timur maupun barat.

Seiring kemajuan teknologi dan ilmu pengetahuan manusia, penggunaan teknologi gelombang elektro
pada metod terapi kecantikan tradisional, sehingga terciptanya berbagai jenis peralatan terapi kecantikan
dengan metod gelombang elektro, seperti masker elektrik untuk meremajakan kulit wajah, Breast Firming untuk membantu pertumbuhan payudara, sehingga dapat mengembalikan rasa percaya diri para wanita, dan banyak lagi produk untuk menjaga stamina maupun mengatasi permasalahan tubuh para kaum manula, seperti rematik, senal badan, stroke, tubuh lemah, dan lain-lainnya. Produk diberi nama MYY. Cara kerja MYY, gelombang elektro MYY dapat menembus lapisan kulit dan otot tubuh, dengan waktu yang singkat menormalkan kembali struktur kulit sel dan inti sel, sehingga dengan menggunakan :

* Masker MYY, dapat menghilangkan kedut pada kulit , bengkak mata, menegangkan kulit wajah,
meremajakan kulit wajah sehingga kembali putih bersih, menurunkan syaraf otak yang tegang,
menghilangkan rasa sakit kepala, mengurangi rasa mata letih, dll.
* Breast Firming MYY, membantu pertumbuhan payudara, meremajakan payudara,
membentuk dan mengencangkan payudara, mengembalikan elastisitas payudara,
dan mencegah pembentukan sel tumor pada payudara.
* Sabun pinggul MYY, dengan cepat membakar lemak pinggul, sehingga dalam waktu singkat membentuk bentuk pinggul anda, melancarkan fungsi pencernaan dan system buang air besar, menghilangkan alur selulit setelah melahirkan anak, dan dapat pula menghilangkan sakit pada dada anda.

Hasil revolusi pertanian



Pentingnya teknologi dalam pertanian

Selama ini MIGHT banyak memberikan tumpuan kepada bidang yang bersifat futuristik. Mungkin, sudah tiba masanya pula kita ‘tawaqquf seketika untuk menoleh semula ke belakang (sejarah) dan melihat di mana kita berdiri ketika ini (realiti), sebelum merenung kembali ke hadapan (wawasan) ’.

Sementara kita komited kepada usaha-usaha pembangunan dan kemajuan negara khususnya dalam bidang industri berteknologi tinggi dan moden, seperti automobil, aeroangkasa dan nanoteknologi, yang berupaya menjamin pulangan ekonomi yang besar. Hendaknya, kita juga tidak lupa kepada usaha-usaha untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin - menambah pendapatan sekaligus mengeluarkan mereka daripada kemelut kemiskinan atau setidak-tidaknya mengurangkan kadarnya.

Apabila kita bercakap mengenai usaha ini, bidang yang dilihat secara strategik boleh diberi perhatian utama adalah pertanian. Ini kerana rata-rata golongan petani, peladang dan nelayan di negara kita masih miskin. Aktiviti ekonomi yang terhad menyebabkan mereka tidak mampu meningkatkan daya pengeluaran apalagi untuk menambah pendapatan. Ini ditambah pula dengan risiko yang berakibat daripada apa yang biasa disebut sebagai ‘bencana alam’ (natural disaster) - walaupun pada hakikat hanyalah proses sunatullah terhadap alam dan manusia!

Jika benar, ini bermakna strategi baru pertumbuhan ekonomi haruslah bermatlamatkan kepada sasaran untuk menambah pendapatan golongan miskin dan meningkatkan ekonomi domestik negara; menerusi usaha komersialisasi bidang pertanian dengan menggunakan teknologi tinggi. Di antara bidang teknologi tinggi yang cadangkan ialah bioteknologi. Bioteknologi adalah satu bidang teknologi terbaru yang digunakan untuk menghasilkan semula genetik (baka) sel hidup (organism). Melalui cara ini genetik sesuatu sel organisma boleh dihasilkan semula dalam jumlah yang banyak dan di dalam tempoh yang singkat.

Di dalam bidang pertanian, antara lain, bioteknologi boleh digunakan untuk mempertingkatkan kualiti tanaman dan tumbuhan serta produktivitinya. Proses regenerasi ini mampu memberi manfaat dan pulangan yang lumayan terutamanya kepada para petani dan peladang. Dalam konteks para petani dan peladang negara kita, bidang bioteknolgi mampu memberi kemajuan di dalam penghasilan hasil tanaman seperti padi dan buah-buahan.

Padi misalnya, pada ketika ini masih ditanam dan dituai tidak lebih daripada dua kali dalam setahun. Tetapi dengan menggunakan kaedah bioteknologi, padi boleh ditanam berulang kali setiap selepas dituai. Dengan ini para petani boleh mendapatkan hasilnya, samada untuk dimakan atau dijual, berlipat kali ganda daripada biasa dalam tempoh setahun. Bahkan mereka tidak perlu bimbang lagi mengenai risiko bendang rosak atau tanaman padi tidak menjadi akibat banjir. Ini kerana pada musim tersebut, mereka boleh melakukan aktiviti lain seperti menanam buah-buahan (juga dengan menggunakan kaedah yang sama) atau terus berehat sahaja atau melancong!

Begitu juga keadaannya kepada para peladang. Penanaman buah boleh dilakukan dalam mana-mana musim. Samada ianya dalam musim buah-buahan atau tidak, buah-buahan ini masih boleh ditanam dan dihasilkan. Ia juga turut memberi pulangan yang besar kepada mereka apabila dijual.

Selain petani dan peladang, nelayan juga mendapat manfaat daripada kaedah moden ini. Bagi nelayan yang tidak mahu mengambil risiko menangkap ikan pada musim tengkujuh. Mereka boleh melakukan aktiviti bertanam padi atau berladang buah-buahan. Bahkan mereka boleh terus melibatkan diri di dalam aktiviti ini jika ianya mampu menghasilkan sumber makanan dan pendapatan yang lebih terjamin.

Di samping itu juga, melalui kaedah ini, hasil pertanian boleh dipelbagaikan produknya. Umpamanya pokok kelapa, yang sudah menjadi tradisi masyarakat Asia menggunakan pelbagai bahan yang dihasilkan daripadanya. Dengan menggunakan bioteknologi, hasil daripada sumber pokok tersebut bukan sahaja mampu ditingkatkan malahan dapat dipelbagaikan dengan lebih lagi.

Hasil-hasil pertanian ini sebenarnya bukan sahaja boleh digunakan sebagai sumber makanan sendiri sahaja. Bahkan ianya juga boleh dijadikan sebagai aktiviti pengeluaran makanan secara komersial. Dengan lain perkataan, ianya dapat dijadikan sebagai salah satu bidang perusahaan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS), yang diharapkan akan menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan utama negara.

Namun, mengharapkan usaha ini berjaya dengan sendirinya tanpa dorongan dan bimbingan yang serius daripada pihak berwajib, hanya akan sia-sia. Oleh sebab itu, adalah diharapkan agar tindakan proaktif kerajaan merombak tiga kementerian yang mempunyai hubungan rapat dengan usaha-usaha tersebut baru-baru ini, benar-benar dapat memberi impak yang positif. Begitulah juga dengan Majlis Perusahaan Kecil dan Sederhana (MPKS) yang akan ditubuhkan oleh kerajaan kelak.

Di pihak golongan sasar pula, diharapkan juga satu pelan tindakan yang bersistematik dan workable melibatkan skim latihan dan pendidikan secara komprehensif dan efektif serta berupaya membangunkan jiwa dan menyedarkan mereka terhadap tanggungjawab yang akan mereka pikul kepada masyarakat, negara dan agama selain diri sendiri sesudah berjaya, segera disusun.

Ini penting agar mereka tidak memandang usaha ini hanyalah tanggungjawab kerajaan terhadap golongan berkenaan semata sebaliknya juga tanggungjawab individu terhadap individu lain.
Di dalam Islam, menyahut dan menyambut obligasi (tanggungjawab) sosial adalah suatu yang dituntut. Apabila wujud keadaan di mana terdapat golongan miskin yang perlu dibela. Maka adalah menjadi tanggungjawab mereka yang berkemampuan untuk menunaikannya dengan apa cara yang termampu.

Salah satu cara membantu golongan miskin adalah dengan berzakat. Golongan miskin adalah di antara mereka yang tergolong di dalam 8 kumpulan Asnaf (mereka yang wajib menerima agihan zakat). Dengan berzakat, melalui pembayaran kepada pihak amil yang dilantik, zakat tersebut akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan termasuklah golongan miskin.

Dalam perkaitan ini, peningkatan dalam hasil-hasil daripada pertanian yang telah diterangkan tadi, sewajarnya disyukuri nikmat kepada-Nya dengan cara berzakat. Antara zakat yang boleh ditunaikan daripada hasil-hasil tersebut adalah zakat padi atau pertanian, zakat pendapatan ataupun zakat perniagaan.

Sesungguhnya, penciptaan hi-tech bertujuan untuk memberi erti kepada kehidupan setiap golongan dan peringkat manusia, selain menjadi sumber pendapatan, ia juga sebagai katalis pembangunan sosial. Namun, ia akan hanya menjadi pengertian yang kosong jika tidak dikaitkan dengan Maha Penciptanya.

Fenomena dunia perubatan moden

Kegunaan teknologi dalam bidang perubatan

CABARAN mendepani kesihatan kini banyak bergantung kepada kecanggihan teknologi yang membantu mengurangkan 'pening kepala' pesakit bukan kerana penyakit dialami, tapi sebaik melihat kos perubatan semakin meningkat saban tahun. Beberapa langkah boleh diambil bagi menangani masalah terbabit sama ada di pihak umum sendiri atau kemampuan hospital mendapatkan perkakasan teknologi maklumat (IT) yang komprehensif bersesuaian dengan kehendak pesakit semasa. Apabila dilihat bidang perubatan dari perspektif pembekal perkakasan industri terbabit, ramai bersetuju untuk menghasilkan peranti yang tidak menyusahkan pengguna. Tidak lupa juga isu berkaitan kepantasan mengesan penyakit sebelum ia menular menjadi lebih parah dan teknologi menjadi jawapan utama bagi merungkaikan persoalan terbabit.

Keperluan kesihatan memerlukan perkakasan moden jika dihitung berdasarkan kajian populasi dunia yang akan meningkat kepada sembilan bilion pada 2050. Daripada jumlah terbabit, dua bilion penduduk berusia 60 tahun ke atas, tahap yang membabitkan pelbagai jenis penyakit. Berdasarkan kajian Laporan Tahunan 2008 Philips, kos penjagaan kesihatan dunia dijangka mengalami pertambahan kira-kira RM39 trilion. Ketua Pegawai Eksekutif Penjagaan Kesihatan Philips, Steve Rusckowski, berkata penjagaan kesihatan adalah satu perkara paling dibimbangkan ditambah kehidupan dengan penyakit kronik.

"Masalah kos kesihatan akan terus menghantui dan meningkat dan ini memerlukan perkakasan baru lebih termaju tapi berkos efektif," katanya. Justeru, beberapa organisasi mengambil inisiatif menubuhkan Gabungan untuk Kecemerlangan Klinikal (ACE) yang akan bertindak menentukan faedah dan kos IT dalam perubatan. Ia disertai beberapa hospital, pembekal produk kesihatan dan universiti bagi mengkaji kos sebenar IT dalam industri perubatan sama ada ia berbaloi untuk digunakan di pusat perubatan atau tidak. Sementara itu, pembekal produk dan perkhidmatan perubatan, GE Healthcare, memfokuskan rawatan awal sebagai jalan penyelesaian bagi menangani masalah kos rawatan yang semakin meningkat.

Menurut Naib Presiden dan Pengurus Besar GE Healthcare Asia Pasifik, Clarence Wu, syarikatnya menggunakan rawatan awal bagi pengesanan penyakit membantu pesakit dari segi kos rawatan. "Kami percaya, tanda awal yang dikesan mampu mengurangkan kos rawatan. Oleh itu, kami mengeluarkan perkakasan canggih yang lebih efisien berdasarkan pemahaman, diagnosis dan merawat penyakit seawal mungkin," katanya. Katanya, penggunaan teknologi termaju mampu mengesan penyakit lebih awal yang membolehkan masyarakat lebih berwaspada.

Dalam pada itu, pembekal produk kesihatan IT terkemuka, iSOFT memperkenalkan penyelesaian terbarunya iaitu Lorenzo bagi menangani masalah kesepaduan maklumat. Lorenzo menawarkan sistem baru dalam komunikasi kesihatan yang meningkatkan kualiti dokumentasi dan memperbaharui masa maklum balas bagi rawatan pesakit. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif iSOFT Asia, Dr Wim Botermans, berkata platform Lorenzo direka berdasarkan arkitektur perkhidmatan membolehkan akses maklumat lebih jitu dan memproses maklumat secara fleksibel. "Sistem Lorenzo akan menghubungkan rekod pesakit secara elektronik, membantu hospital bertindak lebih pantas serta mampu menawarkan keputusan tepat dan benar berdasarkannya," katanya.

Beliau berkata, Lorenzo akan bertindak dengan menguruskan maklumat pada kos terendah selain memberikan hospital akses kepada maklumat pesakit apabila diperlukan. Maklumat terbabit mampu dikongsi mana-mana hospital dengan pertukaran maklumat lancar melalui sistem yang disepadukan dalam satu platform data.
Semestinya kemudahan terbabit mendatangkan berita baik apabila pesakit mampu memiliki maklumat sendiri dengan mudah namun ia juga akan membangkitkan persoalan sama ada pihak hospital membenarkannya dibawa keluar sesuka hati.

Kebiasaannya, maklumat kesihatan dipegang pihak hospital dan sekiranya pesakit mahu membawa maklumat terbabit ke hospital lain, ia pastinya proses yang sukar. Beberapa tahun lalu, terdapat cadangan ketika persidangan meja bulat anjuran Philips yang membangkitkan persoalan pertukaran maklumat, adakah ia milik pesakit atau milik hospital? Ia berikutan timbul masalah pesakit yang hadir atau dibawa ke hospital, tetapi memiliki rekod di hospital lain. Panel persidangan meja bulat Philips menyarankan supaya kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan mewujudkan peraturan khas atau memusatkan (seperti bank data) semua rekod pesakit.

Beberapa isu berkaitan kos rawatan semakin meningkat, pemusatan data dan sebagainya perlu ditangani secara bijaksana bagi memberi impak positif dalam industri kesihatan terutama jika ia membabitkan jumlah penduduk dunia yang semakin bercambah.

Gambaran tentang pendidikan pada masa kini


Penggunaan multimedia dalam bidang pengajaran dan pembelajaran

Multimedia sudah lama digunakan dalam bidang pendidikan sebelum pengenalan komputer peribadi di sekolah. Multimedia merujuk kepada bahan-bahan bantu mengajar audio-visual seperti pita radio, televisyen, projektor slaid dan projektor filem.

Perkembangan yang pesat pada masa kini dalam bidang terknologi komputer dari segi kelajuan pemprosesan data, ruang penyimpanan data, peranti sisian seperti pemacu CD-ROM, pengimbas, dan kamera digital telah membolehkan guru dan pelajar menghasilkan sendiri multimedia CD-ROM dengan menggunakan alat-alat sesuai.

Selain itu ia juga dapat melayan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar dengan elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia. Di samping itu multimedia mampu memudahkan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme. Seseorang pelajar boleh mencapai kepada maklumat yang dikehendaki dan belajar memilih untuk belajar sama ada melalui teks, gambar, audio atau video mengikut gaya pembelajaran sendiri. Bagi pelajar yang kurang cekap dalam pembelajaran, golongan tersebut boleh mengulangi perkara yang sudah dilalui sehingga dapat memahami perkara yang dipelajari.

Multimedia merupakan satu gabungan teks, grafik, audio, video dan animasi. Dengan gabungan elemen-elemen ini dalam sesuatu pengajaran, guru boleh mewujudkan satu suasana pembelajaran yang penuh dengan persembahan audiovisual yang bukan sahaja dapat menarik minat pelajar serta merangsangkan deria.

Multimedia interaktif juga menggalakkan pembelajaran koperatif dan interaksi antara pelajar. Mereka berpeluang membentuk kumpulan kecil untuk berbincang dan memahami sesuatu topik, menyelesai masalah dan membuat keputusan. Menurut konstruktivisme, pelajar adalah bertanggungjawb atas pembelajaran.

Dalam proses penyediaan laporan atau persembahan pula, pelbagai gaya pembelajaran dan kemahiran digunakan dan seterusnya pembelajaran aktif terhasil. Gaya pembelajaran pelajar boleh dikenal pasti dengan pelbagai instrumen, antaranya ialah Indeks Gaya Pembelajaran yang dibangunkan berasaskan Model Gaya Pembelajaran Felder-Silverman. Dengan mengenal pasti pelbagai gaya pembelajaran kepunyaan pelajar, guru dapat merancang strategi yang sesuai untuk memenuhi kehendak pelajar mengikut gaya pembelajaran yang menjadi kecenderungan mereka. Walau bagaimanapun, objektif pendidikan bukan sahaja mementingkan gaya pembelajaran kecenderungan pelajar tetapi gaya pembelajaran yang dirasai kurang kecenderungan oleh pelajar juga perlu diperkembangkan.

Dalam hubungan ini, proses pengajaran dan pembelajaran harus dapat melayan pelbagai gaya pembelajaran pelajar supaya pembelajaran yang lebih berkesan terhasil. Kajian-kajian dalam bidang ini telah menunjukkan bahawa multimedia merupakan satu daripada alat-alat yang boleh digunakan ke arah mencapai tujuan ini kerana penggunaan multimedia boleh menggalakkan perbincangan, interaksi dan refleksi di kalangan pelajar dan guru. Ia dapat melayan pelbagai gaya pembelajaran pelajar. Oleh itu, penggunaan multimedia harus dieksploitasikan sepenuhnya dalam sistem pendidikan untuk kepentingan pelajar.

Contoh animasi

Contoh penggunaan text


Contoh bentuk video digital



Contoh bentuk video analog


Ulasan mengenai video

Penerangan mengenai VIDEO
Video merupakan salah satu daripada elemen multimedia yang paling berkesan penggunaanya jika dibandingkan dengan komponen media yang lain. Walaubagaimanapun, ruang storan yang diperlukan untuk menampung sesuatu klip video adalah besar. Hal ini menyebabkan, video kurang digunakan sebagai media utama penyaluran sesuatu maklumat menerusi halaman web kerana ia memerlukan masa yang agak panjang untuk selesai dipindah atau diterima ke komputer pengguna.

Video menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup. Ia merupakan antara sumber atau media yang efektif dalam menyampaikan sesuatu informasi dan menjadi sumber rujukan yang berkesan. Unsur video di dalam multimedia membawa satu perubahan yang besar di dalam kaedah penyaluran maklumat di mana kebanyakan video mampu menyerupai keadaan sebenar dan juga mampu menarik perhatian serta emosi pengguna.

QuickTime merupakan antara format fail video yang utama bagi tujuan penyaluran video menerusi internet. Masa untuk proses pindah atau terima serta kualiti video bagi tujuan mainsemula boleh diubah mengikut julat yang diinginkan oleh pengguna. Saiz ¼ skrin atau yang lebih kecil dan frame rate yang rendah perlu dipilih bagi memastikan ianya boleh dipindah atau diterima dalam suatu jangka masa yang tidak memberi masalah kepada pengguna.

MPEG (Motion Picture Expert’s Group) merupakan satu lagi format fail bagi video yang utama. Melalui MPEG, kualiti klip video yang lebih baik dapat dihasilkan tanpa memerlukan ruang storan yang terlalu besar seperti format QuickTime. Ini kerana, mem algorithma pemadatan fail yang digunakan oleh MPEG jauh lebih baik berbanding dengan QuickTime.

Selain dari video yang berformatkan QuickTime dan MPEG, terdapat beberapa format audio. Antaranya ialah Vivi Active Video, Real Video, Stream Cam dan sebagainya. Masing-masing mempunyai kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri.

Video Analog
Teknik atau kaedah penghantaran isyarat atau signal bagi video telah lama wujud. Pada peringkat awal, penghantaran isyarat tersebut adalah secara analog. Semasa penghantaran alamat video secara analog, setiap bingkai atau frame video diwakili oleh signal elektrik yang tidak menentu (fluctuating voltage signal). Ia juga sering dikenali sebagai gelombang analog ataupun “analog waveform”. Format awal bagi video analog pula ialah secara video komposit (composite video).


Video Digital
Disebabkan beberapa kelemahan yang terdapat pada video jenis analog menyebabkan kemunculan kepada teknologi video digital. Kelebihan utama video digital ialah kualitinya kekal sepanjang masa dan tidak mempunyai sebarang masalah apabila disimpan dalam tempoh masa yang lama. Kualiti rakaman pendua bagi setiap video yang dihasilkan biasanya adalah setara atau hampir menyamai kualiti video asal. Dengan menggunakan sistem komputer bersama-sama dengan perisian video yang tertentu, sesebuah klip video adalah lebih mudah untuk diubahsuai atau dipinda.

Perkakasan dan perisian Video
Kamera video, camcoder atau pita video boleh digunakan bagi tujuan ini. Selepas media ini diperolehi, kad pendigital cvideo atau “Video Capture Card” diperlukan bagi menterjemahkan ia kepada bentuk digital agar boleh beroperasi pada sistem komputer. Kad tersebut biasanya perlu didapatkan secara berasingan dan bukannya sedia ada di dalam setiap sistem komputer.

Perisian-perisian tertentu yang bersesuaian bagi tujuan pengubahsuaian (editing) dan pendigitalan (digitizing) video sering digunakan bersama-sama dengan set kad pendigital video seperti Adobe Premiere, Video Fusion, Ulead Media studio Pro dan sebagainya. Antara ciri-ciri yang boleh dilakukan oleh perisian-perisian video ialah :
-Membentuk kesan khas animasi atau kesan khas transasi (transition) seperti dissolves, wipes, spins dan sebagainya.
-Melakukan proses “Superimposing titles” dan seterusnya membentuk animasi bagi elemen tersebut.
-Memasukkan unsur-unsur kesan istimewa (special effects) seperti twisting, zooming, rotating dan distorting.
-Menyamakan audio dengan video.

Contoh bentuk audio


Ulasan mengenai audio

Penerangan mengenai AUDIO
Pada peringkat permulaan perkembangan teknologi komputer, audio atau bunyi yang boleh didengari pada sesebuah sistem komputer hanyalah bunyi-bunyian asas seperti bunyi “beep” atau “ding” yang sering kedengaran apabila berlakunya kesalahan teknikal di dalam sesebuah sistem komputer.

Kini, perkembangan teknologi yang pesat membolehkan sesebuah sistem komputer mengeluarkan pelbagai bunyi bukan setakat bunyi “beep” malah juga muzik, suara latar, kesan bunyi khas dan juga bunyi-bunyian sepertimana yang sering kedengaran melalui konsert muzik yang sebenar.

Audio atau bunyi merupakan salah satu cara yang paling berkesan dan mudah bagi menarik minat pengguna. Kesan bunyi yang ringkas boleh digunakan bagi menarik minat dalam pelbagai sudut sesebuah persembahan maklumat. Bagi persembahan yang lebih kompleks, suara latar (voice-over) dan iringan muzik mampu menambahkan minat dan menjadikan sesebuah persembahan lebih menarik.

Unsur audio juga boleh digunakan di dalam sesebuah persembahan multimedia bagi menyampaikan maklumat dan mempertingkatkan kefahaman terhadap isi kandungan dari media lain yang hendak dipersembahkan. Ia juga mampu menimbulkan keseronokan, meningkatkan minat dan mencorakkan sesebuah persembahan multimedia.

Teknologi audio menerusi internet ini memberikan kemudahan kepada seseorang untuk mendapatkan maklumat mahupun hiburan yang berkualiti dengan mudah, murah dan pantas. Teknologi audio menerusi internet juga membolehkan sesuatu siaran secara langsung ataupun klip-klip audio dan video yang telah dirakamkan seperti sukan, siaran stesyen radio seluruh dunia, berita, muzik, syarahan dan sebagainya dimainkan.

Terdapat pelbagai format fail audio dan format yang popular ialah rm, ra, ram dan swf. Perisian tambahan yang khusus seperti Real Player dan sebagainya diperlukan untuk memainkan audio tersebut. Format fail audio yang biasa digunakan ialah wav dan aif.

Terdapat 2 jenis audio iaitu audio analog dan digital. Kebanyakan peralatan audio yang ada pada masa kini masih berasaskan teknologi analog. Contohnya seperti pemain dan perakam kaset audio, pemain piring hitam, kaset video, CD audio (muzik) dan sebagainya. Sebenarnya, media yang digunakan bagi menyimpan data audio bagi analog dan data audio digital adalah sama. Terdapat beberapa format fail audio digital yang sering digunakan antaranya wave (WAV), sound (SND), Audio Interchange File Format (AIFF) dan midi(MID). Selain itu terdapat juga audio yang tersimpan dalam format MP3 ataupun MPEG Level 3.

Contoh gambar grafik


Ulasan mengenai grafik

Penerangan mengenai GRAFIK
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik ialah m‘perkara berkenaan lukisan atau ukiran’. Ini kerana, penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat berkomputer berperanan untuk memperlihatkan kecanggihan senibina sesebuah program multimedia dan berperanan sebagai sumber dalam menyampaikan sesuatu maklumat.

Selain itu, grafik juga bermaksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang sukar diterangkan oleh teks. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten bagi individu yang berbeza.

Grafik dianggap sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi. Grafik merujuk kepada pelbagai lukisan, ilustrasi, fotograf, rajah, carta, kartun dan sebagainya.

Grafik berkomputer pula merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan komputer. Imej berkomputer ini boleh dilihat pada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan. Terdapat beberapa kepentingan grafik. Antaranya:

1) Mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan.
2) Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep.

Grafik juga mengandungi format fail. Antaranya seperti:
1) GIF (Graphic Interchange Format)
2) JPEG (Joint Photographic Expert Group).

• GIF (Graphic Interchange Format)
Format GIF biasanya menggunakan kaedah pemadatan algoritma dan ianya merupakan salah satu cara yang paling mudah dan berkesan bagi tujuan memadatkan sesuatu data dalam sistem komputer. Digunakan untuk menyimpan grafik asas seperti ikon, butang, garisan atau imej-imej yang berbentuk kartu
• JPEG (Joint Photographic Expert Group)
Salah satu kegunaan utama fail berformat JPEG ini adalah untuk menyimpan fail bagi gambar sebenar.
Format fail yang lain seperti BMP (Bitmap), TIFF (Tagged Image File), PICT, FGA ( Targa), EPS (Encapsulated Postscript ), WMF ( Windows Metafile Format )

Beberapa contoh perisian bagi grafik yang ialah :
-Microsoft Paint atau Paint
-Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator
-Corel Draw
-Painter 3D
-Macromedia Freehand
-Micrograft Designer
-Autucad